~Cik GaDes~

~Cik GaDes~

Monday 1 July 2013

LuahaN raSa

Hidup yang usang tak pernah aku hiraukan dan kulalui dengan penuh kesabaran, dan hanya ku perlukan cinta yang sebenar-benarnya cinta yang dianugerahkan oleh Allah s.w.t kepada seorang insan yang sebenar-benarnya insan apatah lagi insan yang selemahku ini.Tapi ku tahu kau bukan milikku. Amat payah dan sukar untuk dimengertikan Cinta yang sebenar...
Aku bersedia untuk jatuh, kerana aku sudah mendaki terlalu tinggi. Aku bersedia untuk ditenggelamkan, kerana aku sudah terlalu lama di pelayaran. Aku bersedia untuk dibenci, dimaki, dihina, kerana aku sudah terlalu lama tersadai di pulau kealpaan. Kini, aku menanti saat itu, saat yang menjadi onak dalam kehidupan. Saat yang amat perit untuk ditempuh. Jua saat yang mengajarku ERTI SEBUAH KEHIDUPAN dan PERCINTAAN...
Diri ku hanya insan biasa..t'kadang kesilapan sentiasa berlaku..t'kadang kebaikan sentiasa membawa tuah..tapi tak bererti diri ini bisa melakar sejuta bunga dihati..mungkin hanya t'senyum bisa meleraikan sekelumit hati yang terluka..maafkan diri ini andai jiwa ini pernah mematahkan hati setiap insan yang berada dalam kamar hati ini..terbina seuntai kata untuk tatapan hati anda semua agar semuanya kembali tersenyum...
Tak bisa hatiku merapikan cinta Kerana cinta tersirat bukan tersurat Meski bibirku terus berkata tidak Apa yang kita kini tengah rasakan Mengapakah kita coba disatukan Mungkin cobaan untuk persahabatan Atau mungkin sebuah takdir Tuhan.
Tuhan! Jadikanlah aku kawan setia-Mu
Engkau sudah tentu setia,
tapi aku belum tahu
Aku bimbang kalau aku tidak setia dengan-Mu
Pimpinlah aku agar aku setia setiap waktu
"Apa sahaja perkara baik yang dicampurkan dengan 'istimewa' akan menjadikan ia 'istimewa'. Begitu jugalah cinta. Cinta itu sangat biasa, tetapi apabila ia dicampurkan dengan 'iman' barulah ia menjadi cinta yang istimewa..."
Pilihan berada di tangan kita, sama ada menjadikannya "istimewa" atau bahana jiwa.....

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.